Penaja

Thursday, December 17, 2009

Zizie Ezette: berita panas dan terkini

Wah bukan main kecoh isu Zizie Ezette nak kahwin dengan VVIP. Khabarnya Zizie dilamar oleh seorang wakil rakyat dari Sabah. Bila disebut VVIP dari Sabah nama Bung Moktar naik nombor wahid, walaupun beliau sudah pun beristeri dan beranak dua, kalau betul nampaknya Zizie jadi nombor dua la. Bila diajukan solan kepada beliau di parlimen beliau menafikannya. Katanya beliau tidak cukup kacak untuk digandingkan dengan Zizie Ezette yang comel loteh-putih melepak nie. Apa kecoh-kecoh jika jadi kahwin tentu kita tengok dengan siapa Zizie Ezette kahwin nanti. Khaty Fauziah mak Zizie Ezette pun tak berani nak komen apa-apa lagi. Cuma dengarnya kalau betul dengan Bung dia restu, setuju sangat sebab Bung Mokhtar ni orang baik. “Saya tidak mahu komen. Biarlah Zizie sendiri yang jelaskan,” kata pelakon Khaty Fauziah. Menurut Khaty, dia tidak mahu berbicara lanjut tentang perkara itu kerana ia masih dalam perbincangan. "Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” kata Khaty. Sementara itu, Zizie gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. Zizie sebelum ini pernah putus cinta dengan seorang ahli perniagaan berusia 40-an dari Batu Pahat, Johor setelah hampir tujuh tahun bercinta. Wow sekarang ni musim kahwin tengah rancak, siapa yang dah ada pasangan tu kawin la cepat-cepat. Tunggu lama silap-silap melepas...

1 comment: