Kekasih
Hadhirmu menerangi jiwa
Bicaramu menghilangkan hati dahaga
Perutusanmu ku tunggui saban masa
Tawamu menambah seri suasana
Bukan kerana jelita
Bukan kerana terpesona
Bukan kerana disua
Kerana Adam bertemu Hawanya
Aku jadi perindu sepi
Aku jadi penunggu hari
Aku jadi majnoon terpukau jauhari
Namun kekasih
Disebalik segala itu
Aku enggan berpijak dibumi nyata
Aku enggan diajak melihat wajah
Aku enggan menerima hakikat masa
Ramai yang bicara
Aku menongkah arus biasa
Aku bertepuk sebelah saja
Lalu ku sadar jua
Dan hilangmu menggusari rasa
Kau sepi segala
Tanpa berita tanpa bisikan jua
Adakah ku yang salah
Lagakku Tidak adil bagimu
Kerna Kau punya rasa
Kerna Kau punya cita-cita
Kerna kau punya jiwa
Kerna kita dilahir berbeda masa
Bebaskan dirimu kekasih
Pastinya ini bukan masa kita
Pastinya kita jauh berbeda
Walau jodoh dipinta
Tuhan tahu segala
Mungkin hanya disana adanya KITA
Aku redho
Walaupun sekadar fatamorgana
No comments:
Post a Comment