Penaja

Friday, December 18, 2009

Dunia yang kejam: Senangnya membunuh orang Islam

Hanya dengan alasan memburu Toliban atau ALQaeda, darah umat Islam menjadi halal bagi Amerika dan sekutunya. Dunia Islam sendiri tak kan kata apa-apa sebab yang dibunuh kejam itu orang-orang Taliban. Semalam dua serangan misil Amerika Syarikat (AS) yang bertubi-tubi mensasarkan kawasan al-Qaida dan kubu utama Taliban di sepanjang sempadan Pakistan dan Afghanistan telah menyebabkan 17 orang terbunuh, menurut pegawai penyiasat tempatan.
Serangan terbaru itu dilakukan ketika keadaan politik di Pakistan dikatakan tidak stabil, dengan Presiden Asif Ali Zardari kini berhadapan dengan gesaan supaya beliau meletakkan jawatan selepas Mahkamah Agung menggugurkan pengampunan yang telah melindunginya daripada tuduhan rasuah.
Serangan misil itu dilakukan hari ini di Utara Waziristan, perkampongan militan yang berusaha untuk menyingkirkan AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) keluar dari Afghanistan. Menurut mereka, serangan kedua kemudiannya melibatkan lima buah pesawat pejuang sebelum membedil menggunakan 10 buah misil.

No comments:

Post a Comment