Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan yang berusia lapan tahun. Guru berusia 47 tahun itu dituduh melakukan melakukan kesalahan itu di kelas muzik di sebuah sekolah rendah di Jawi di antara jam 3 hingga 4 petang pada 17 November lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan. Kalau benarlah kes ini berlaku ianya sangat memalukan. Namun kita berharap ianya tidak mungkin berlaku kerana lelaki yang berselera dengan budak peremuan berumur 8 tahun adalah luar biasa bukan seorang yang normal. Apa yang membimbangkan kita sekarang ialah pengaruh video lucah dari internet adau DVD yang dijual secara terbuka hatta di pasar-pasar malam telah membuatkan ramai lelaki atau perempuan yang terlibat menjadi tidak normal. Pemujaan terhadap hubungan seksual menjadi-jadi kerana pengaruh video lucah ini.
Majistret Mohd Izham Ali, menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
No comments:
Post a Comment