Penaja

Wednesday, December 9, 2009

Ahmad bin Sulaiman


Semasa kami disekolah Menengah, kawan-kawan memanggil beliau Mat Ppuyu sebab berasal dari Kampong Puyu, Tanah Merah, Kelantan. (Sori Mat kawe bongkar rahsia demo). Siapa sangka kawan kami yang kami gelarkan Mat Ppuyu ini akan menjadi seorang yang hebat, menerajui berbagai Jabatan Kerajaan dan yang terkini beliau bertugas di Kementerian Luar Bandar, di Putra jaya. Sewaktu zaman persekolahan pun beliau aktif dalam persatuan dan pernah dilantik sebagai Ketua Umum.

Berikut ialah senarai jawatan yang pernah beliau sandang:
Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (1982 - 1987).
Penolong Pegawai Daerah Ipoh, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (1987 - 1993.
Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM (1993 - 1998).
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia - Kursus Sarjana (1998 - 2000).
Penolong Pengarah Latihan, Institut Kemajuan Desa, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2000 - 2002).
Ketua Penolong Pengarah, Institut Kemajuan Desa, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2002 - 2003).
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perancangan dan Strategik, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (2003 – 2009).
Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Aset, Kementerian kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (15.1.2009 hingga sekarang).

No comments:

Post a Comment