Penaja

Thursday, December 17, 2009

Les' Copaque menceriakan Monsun Cup

Acara Monsoon Cup yang telah diadakan di Kuala Terengganu pada tahun ini membawa sedikit kelainan di mana pihak Les' Copaque Production telah dijemput untuk memeriahkan aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak. Serentak dengan acara utama Monsoon Cup, telah diadakan peraduan mewarna bagi anak-anak, khas dibawakan oleh pihak Utusan Karya dan juga Bank Rakyat.

Aktiviti mewarna telah bermula jam 9.00 pagi dimana dewan tempat aktiviti dijalankan telah dipenuhi dengan kanak-kanak sekitar usia 4-8 tahun yang telah menyertai peraduan. Aktiviti mewarna yang dijalankan selama 1 jam itu kanak-kanak kemudiannya dikejutkan dengan kemunculan maskot-maskot yang dibawakan khas dari Bank Rakyat (Nuri), Utusan Karya (Kawan) dan maskot Upin & Ipin.

No comments:

Post a Comment