Penaja

Monday, December 14, 2009

Filem: Wayang Eman Manan

Filem bertemakan pertembungan dua generasi dan dua tafsiran ini pernah memenangi lima daripada tujuh pencalonan bagi kategori filem. iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik(Dr. Hatta Azad Khan), Pelakon Lelaki Terbaik (Eman Manan), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zul Huzaimy) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ida Nerina). Dalam Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) yang diadakan tahun lalu filem ini hanya menenangi Anugerah Khas Juri dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi lakonan Zul Huzaimy. Filem ini juga pernah dibawa ke China dan Korea untuk mewakili negara. Ditayangkan di beberapa festival termasuk Cinema Of The World di Festival Filem Antarabangsa India. Menurut pengarahnya, kekuatan Wayang terletak kepada cerita dan subteks, perwatakan setiap anak wayang yang menghidupkan Wayang.
Wayang mengisahkan tentang latar kehidupan Tok Dalang Awang Lah (Eman Manan) yang gigih meneruskan permainan wayang kulit di kampung halamannya di Kelantan. Tetapi Awang Lah kurang disenangi oleh sepupunya, Jusuh (Wan Kenari) yang menganggap permainan wayang kulit haram di sisi agama Islam. Memangpun wayang kulit yang berasaskan epik Hindu bertentangan dengan Islam, maka para budayawan telah merubah-suai cerita wayang kulit yang disesuaikan dan selari dengan ajaran Islam. Wayang kulit versi baru ini sudah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan dan ditayangkan kepada umum. Dalam filem wayang ini, Awang memelihara dua orang anak yatim, Awi (Zul Huzaimy) yang cacat penglihatan dan Melor (Mas Muhaini) yang sengau. Apabila remaja, Awi cuba menyelitkan elemen pop dalam wayang kulit dan ini dibantah keras oleh Awang Lah. Maka terjadi pertembungan generasi yang membawa kepada beberapa tragedi dalam keluarga Awang Lah tetapi akhirnya diselesaikan dengan baik.

No comments:

Post a Comment