Penaja

Sunday, September 23, 2018

Bengkel Alignment Tayar Mantap!!!
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Kisahnya begini:
Hari Jumaat lepas sy buat alignment di bengkel Sec.15 B.B.Bangi . Puas pomen tu ejas camber, alignment, tukar tayar kiri ke kanan..pun result sama jugak, stering akan pusing ke kiri. Last² dia kata kena buka check, lower arm/stering rack/mounting/tie rod end. Terus rasa tak sedap hati, sy kata nak kejar masa. Kang bukak² ada la cakap itu rosak, ini rosak.

Next day, sy gi workshop kat Serdang, pomen check secara kasar dan test drive. Dia kata, semua parts yg kedai tayar tu cakap, masih elok. Dia suruh buat alignment semula, dan sy minta dia recommend bengkel yang trusted!. Maka, dia recommend ke Alignment KING Centre (betul² depan S.K Seri Serdang).

Sampai di bengkel tu, dah ada HRV dok buat alignment, then turn sy. Bila dia check dan buat alignment, ejas camber semula, . Terus jadi elok semula..syukur Alhamdulillah!!!. Yang dikenalpasti rosak iaitu stering rack bush sahaja. Alignment & camber ni dibuat secara manual, memang puashati. Dekat sejam baru siap. Caj semua RM60 bagi kereta sy.

Nampak luaran, bengkel tu memang macam 'hidup segan mati tak mau'. Tetapi, masa sy sampai dah ada HRV, kemudian sy punya turn. Lepas tu sambung Veilfire pulak. Erti kata lain, bengkel² tayar takleh setel...baru recommend kedai ni (macam spital pakar pulak 😁)

Apa² pun, sy berkongsi untuk tuan/puan bengkel alignment yang jujur dan service kepakarannya amat bagus.