Penaja

Wednesday, December 16, 2009

E-Commerce: Kemudahan membeli-belah secara online

Dalam zaman semakin canggih ini pengguna begitu mudah untuk membeli-belah atau menyertai lelongan barangan iaitu melalui laman web tertentu. Beberapa laman web e-commerce menyediakan ruang kepada pengguna untuk memesan barangan yang dikehendaki seterusnya membeli melalui pesanan dalam web. Beberapa laman web popular didunia termasuk yang disediakan oleh warga Malaysia sendiri seperti LELONG.COM, MUDAH .COM dan sebagainya. Lelong dot com selain memyenaraikan penjual dan barangan untuk dijual dalam laman webnya, ia juga menyediakan laman untuk membuat lelongan. Sesiapa sahaja boleh melelong dan menjual barangan tetapi mesti didaftarkan dulu sebagai ahli dan membayar yuran keahlian. Sebagai contoh jika anda ingin membeli secara lelong atau belian biasa anda boleh masuk ke laman http://www.lelong.com/. Dalam laman ini disediakan senarai barangan, penjual, foto barangan dan spesifikasi barangan. Jika bersetuju dengan barangan tersebut anda cuma klik persetujuan, masukkan nama dan kata laluan ahli dan membayar samada melalui kredit dalam lelong, maybank2u atau melalui kad kredit. Bila penjual menerima pembayaran barang yang dipesan akan dihantar segera melalui poslaju atau lain-lain courier. Pengalaman saya membeli di mudah dot com, lelong dot com, ebay dan Amazon cuma sekali tertipu dengan penjual yang tidak bertanggung-jawab. Saya membeli berdasarkan lelongan dan saya memenangi lelongan barang yang dipaprkan tersebut. Selepas membayar sejumlah wang, saya menunggu barangan yang dijanjikan namun sampai hari ini saya tidak menerima barangan tersebut. Kejadian ini berlaku setahun yang lalu. Saya melaporkan kepada pihak laman web dan menasihatkan saya membuat laporan polis. Pihak laman web juga telah menyenaraikan hitam penjual tersebut tetapi damage yang dibuat oleh penjual yang tidak bertanggu-jawab itu membuatkan saya fobia untuk membeli melalui web jika harga barangan melebih RM100. Di bawah contoh barangan yang dijual melalui e-commerce ini. Foto dari berbagai sudut dan spesifikasinya. Saya telah membeli berpuluh jenis barangan melalui e-commerce ini dan setakat ini (kecuali yang saya tertipu di atas), semuanya memuaskan hati dari segi cepatnya mendapat barangan dan kualiti.




Specification:

The Aztech DSL605E ADSL2+

Ethernet Bridge Modem uses Texas Instruments AR7 Chipset solution that fully complies with ANSI T1.413 Issue 2, ITU-T G.992.1 (G.dmt) G.992.2 (G.lite). Aztech DSL605E ADSL2+ Ethernet Bridge Modem also provides higher data transmission rates with ADSL2 (G.992.3 & G.992.4), ADSL2+ (G.992.5),

Extended Reach-ADSL support.

The ADSL2+ Ethernet Bridge Modem will be providing up to 12Mbps speed and additional 600 feet reach for ADSL2 and 26Mbps speed for distances up to 5,000 feet for ADSL2+.
The ADSL2+ Ethernet Bridge Modem is targeted at the residential users.

Designed for High Speed Broadband Networks, the ADSL2+ Ethernet Bridge Modem is also for both the single user with Bridge mode with host based PPPoE Client or for multi-users utilizing the DSL605E inbuilt PPPoE/A, IP routing, NAT functionality to share the ADSL link.
The ADSL2+ Ethernet Bridge Modem comes with the Packet Filtering firewall and DMZ support for a full security options against malicious hackers






No comments:

Post a Comment