Penaja

Saturday, December 5, 2009

Tahap disiplin orang Kelantan diperantauan

Kalau selepas perlawanan akhir Piala Malaysia November lalu rata-rata rakyat Malaysia memperkatakan tahap disiplin rakyat Kelantan yang rendah bila ada segelintir dari mereka membakar peralatan stadium bila pasukan yang mereka sokong mengalami kekalahan di tangan pihak lawan. Masa itu kita akur dengan emosi masa itu, tertekan, terhina maka jalan keluarnya memberontak. Namun bila berlaku lagi masaalah disiplin dalam senario yang lain, contohnya semasa pulang berhari raya ke Kelantan AidilAdha yang lalu, pemandu ke arah Kelantan memandu terlalu laju hingga menyebabkan kemalangan maut di Cegar Perah. Itu hal yang pertama. Bila berlaku kemalangan jalan menjadi jem, dan kami terpaksa mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta keranaa kenderaan tidak boleh bergerak langsung. Dalam suasana kenderaan tak dapat bergerak, hal yang kedua ialah mereka gunakan jalan arah bertentangan hingga menjadi dua barisan kenderaan yang tidak bergerak. Ini menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan iaitu ke arah Kuala Lipis tidak boleh lalu. Ini menyusahkan pihak bomba, ambulan untuk bergerak menghantar mangsa ke hospital dan urusan lainnya. Kalau tidak kerana adapihak polis menyuraikan trafik yang tersumbat, maka rasanya sampai malam pun belum tentu boleh keluar dari kawasan ini. Itulah dia tahap disilin rakyat Kelantan, bukan semuanya tetapi sebahagianya. Itu belum dikira membuang pampes anak dimasjid, hinggakan ada yang membuang pampers anak di tempat mengambil wuduk di masjid Gua Musang...Alahai...malunya aku sebagai anak Kelantan..





No comments:

Post a Comment