Penaja

Sunday, December 20, 2009

Gambus: kekalkan warisan bangsa

Pada 20 dan 21 Disember ini, bertempat di perkarangan luar Central Market, Kuala Lumpur, JKKN mengadakan Konsert Gambus berkonsepkan Gambus dalam Fusion. Khabarnya konsert itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh masyarakat ini menghayati irama Gambus yang pernah dipopularkan Allahyarham Fadzil Ahmad. Barisan artis yang akan menjayakan konsert itu ialah Rabbani, Jamal Abdillah, Ella, Ito Blues Gang, Fauziah Gambus, Raja Zulkarnain (Aswara), Norihan Saif (Istana Budaya), Sesatre, Chan Kum Loong, kumpulan Nakasutra, kombo kesenian Negeri Selangor, kumpulan Rangkaian Selatan Ghazal (Johor) dan kumpulan Ghazal Parti (Pulau Pinang). Konsert ini merupakan ekperimentasi nyanyian yang diiringi irama gambus yang dijangkakan pasti unik dan istimewa dan merupakan satu pembaharuan yang berani dari pihak penganjur untuk menarik minat orang ramai tentang irama gambus. Tujuan lain konsert ini supaya masyarakat dapat menikmati satu bentuk muzik baru.
(Datanglah beramai-ramai menyaksikan konsert ini secara percuma. Pastinya mereka yang datang akan berpuas hati kerana ia lain daripada lain)

No comments:

Post a Comment