Penaja

Friday, December 11, 2009

Sayangi anak-anak

Bila baca surat khabar yang melaporkan satu kejadian jelik berlaku di Kuantan, Pahang dimana seorang warga emas, orang kurang upaya lagi, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua tuduhan mencabul dua budak perempuan berusia 10 tahun di sebuah hotel di sini pada 5 Disember lalu, terasa antara mahu percaya atau tidak. Tertuduh, seorang rakyat Thailand berusia 83 tahun melakukan kekerasan jenayah dengan tujuan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di dalam sebuah bilik Hotel Yong Ah Suan, Kuantan kira-kira jam 1 tengah hari. Apa jenis selera pula pakcik ni, budak umur 10 tahun dijadikan mangsa. Ini yang dikatakan bila syaitan sudah jadi "driver" kehidupan seseorang, ia akan hilang kewarasan, apa saja terlintas akan di buatnya tanpa memikirkan rasional dan akibat.

No comments:

Post a Comment