Penaja

Wednesday, December 9, 2009

Peragut: Jangan pamer barang kemas di pakai

Tragedi Noriha Abdul Rahman, 28, diragut dan suami mati bila motosikal jatuh ditendang peragut memusnahkan harapan agar mahligai perkahwinannya bahagia dan berkekalan sebagai isteri kepada Abdul Rahman Khadladin sejak 27 Mei 2006 lalu. Ku harap panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Pasangan yang bekerja sebagai pengemas bilik dan pelayan di Hotel Ritz Charton di Jalan Imbi, telah dikurniakan seorang anak perempuan, Zalifah Qistina, 15 bulan. Pada hari tersebut Noriha hanya dapat melihat suami dicintainya maut akibat terjatuh dari motosikal yang ditendang oleh dua peragut di Jalan Perkasa 2, Taman Maluri.
Noriha dan suami kemudian menunggang motosikal pulang ke rumah di Desa Pandan dari Jusco Taman Maluri membawa anak mereka bersama tetapi anaknya Zalifah pula dibawa pulang oleh kakak Noriha dengan kereta. Tragedi bermula bila saja sebaik keluar dari Jusco, mereka diekori sebuah motosikal Honda EX5 warna putih dinaiki dua lelaki mengekori rapat motosikal dinaiki mereka. Bila sampai di Jalan Perkasa 2, seorang daripada lelaki itu telah meragut rantai leher dipakai oleh Noriha. Rantai leher emas bernilai RM2,000 itu merupakan hadiah Rahman kepada Noriha pada upacara membatalkan air sembahyang selepas mereka diijabkabulkan.
Kini Noriha berseorangan untuk membesarkan anaknya bersama suaminya Allahyarham Abd Rahman dan anaknya Zalifah menjadi anak yatim dalam sekelip mata. Jadikan tragedi ini sebagai tauladan kepada yang lain supaya tidak mempamerkan apapun barang kemas ketika keluar ke tempat awam, kerana di sana siperagut ini sentiasa mengintai mangsanya.

No comments:

Post a Comment