Penaja
Saturday, December 5, 2009
Streamyx sudah kembali normal
Setelah berhempas pulas mendapatkan kembali capaian internet melalui streamyx akhirnya hari ini streamyx saya kembali berfungsi. Terima kasih kepada pegawai perkhidmatan pelanggan streamyx kerana turut pening kepala bersama saya untuk up kan semula internet. Setelah modem+router+wi-fi jenama DLink yang sebelum ini terbakar disambar petir, saya belikan yang baru dari jenama yang lain iaitu Aztech DSL605EW. Hampir 4 hari saya cuba sambungkan semula mnggunakan modem ini tetapi gagal. Dengan bantuan pegawai perkhdimatan pelanggan streaymyx, meriksa status id, password dan DSL line semuanya ok, tetapi saya masih gagal mecapai internet. Yang peliknya bila saya cuba sambungkan melalui manual dialup broadband sepantas kilat internet dapat disambungkan. Maknanya talian streamyx ok, yang bermasaalah ialah modem sambungan automatik. Saya cuba berulangkali dan akhirnya saya cuba tukar bebrapa item dalam auto selection dan berjaya. Semasa saya memakai auto connection menggunakan modem jenama Dlink dulu ianya sangat mudah, cuma klik sambung sahaja. Ianya tidak berlaku bagi Aztech, mungkin default setupnya tak bersesuaian dengan perkhidmatan Streamyx TM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment