Penaja
Wednesday, December 9, 2009
AlArqam, Rufaqa, Global Ikhwan dan Kelab Poligami
Poligami adalah harus, memberi kelonggaran kepada mereka yang layak berpoligami. Tuhan tahu karekteristik manusia kerana itu Islam membenarkan poligami, tetapi tidak untuk semua orang. Dalam AlArqam sendiri yang dilihat menggalakkan poligami, bukan semua ahlinya berpoligami. Ada antara yang tidak berpoligami. Namun usaha Global Ikhwan @ Rufaqa @ AlArqam dibawah Hatijah Am, iaitu yang tertua dari 4 isteri Ashaari, berusaha untuk mendaftarkan Kelab Poligami Ikhwan itu dihalang walaupun kelab tersebut telah dilancarkan Ogos lalu dalam satu majlis di Bandar Country Homes, Rawang. Pada bulan Ogos lalu mereka melancarkan kelab itu dan mendakwa mendapat sambutan yang baik. Tetapi usaha untuk mendaftarkan kelab itu tidak berjaya. Antara yang tidak bersetuju kelab itu ditubuhkan ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang dilaporkan menyebut penubuhan kelab sedemikian "tidak berfaedah" dan "tidak mempunyai hala tuju positif."Reaksi lain termasuklah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang dilaporkan menyebut, individu yang mengamalkan poligami tidak seharusnya berbangga sehingga menubuhkan kelab. Jamil Khir juga dilaporkan berkata, kepentingan harus diletakkan kepada pelaksanaan poligami itu supaya mengikut lunas Islam, dan bukannya terhadap penubuhan kelab atau persatuan. Polis Bukit Aman juga telah menasihati Hatijah Am supaya kelab tersebut tidak ditubuhkan kerana bimbang akan "menimbulkan salah faham" di kalangan masyarakat. Jelasnya, kebimbangan berhubung kelab tersebut dipercayai wujud kerana ia dikhuatiri menjadi medan baru untuk menghidupkan semula ajaran-ajaran Ashaari. Program ceramah motivasi berkaitan poligami diadakan secara berterusam kepada ahli-ahli kelab. Ceramah-ceramah tersebut diadakan di enam buah pusat ceramah yang dikenali sebagai Rumah Motivasi Poligami di seluruh negara. Ceramah-ceramah motivasi ini digunakan untuk mendidik ahli-ahli supaya menghayati kehidupan berpoligami yang indah. Kata Hatijah lagi, "dalam jemaah mereka, ada yang mengamalkan poligami dan ada juga yang tidak berpoligami, jadi bila persepsi masyarakat teruk sangat terhadap poligami, kami fikir perlu dibuat ceramah-ceramah motivasi kepada ahli. Mengapa masyarakat memandang buruk kepada ketentuan Ilahi, ialah kerana pengamal poligami kebanyakan berdasarkan nafsu bukanya keperluan. Keadilan terhadap isteri-isteri tidak diamalkan, tarbiah kepada isteri-isteri tidak ada, lalu kehidupan mereka berpoligami kebanyakannya haru-biru, rumah-tangga porak-peranda dan anak-anak jadi terbiar...itu yang menghuduhkan poligami. Yang senangnya, akurlah dengan perintah Ilahi, "jika kamu bimbang tidak mampu berlaku adil, kawin satu sajalah..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment