Penaja

Sunday, December 13, 2009

Tahniah Datin Aien Rahmat

Kembar Ekin Mawi, pelakon Aien atau Nora'Ain Rahmat, 30, telah selamat menjadi isteri yang sah malah terus bergelar 'Datin' kepada Datuk Arif Ambrose Leonard Ng seorang ahli perniagaan. Datuk Arif Ambrose, 41, keturunan Cina, dan Aien, selamat diijabkabulkan semalam pada pukul 12 tengahari tarikh 121209 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.
Kedua mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk dari Pejabat Agama Daerah Petaling, Muhamad Sujak Mohd Dasuki berwalikan bapa Aien, Rahmat Mohamad.
Pengantin perempuan menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya, mas kahwin RM300 beserta sembilan hantaran daripada pengantin lelaki seperti alat solek, sirih junjung, al-Quran, kek dan tas tangan. Pelakon drama bersiri Kawan ini berkata dia memilih Arif kerana lelaki itu seorang yang kelakar, memahami dan menyintai Islam melebihi dirinya.
Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga mempelai perempuan, saudara-mara dan kawan-kawan terdekat. Mawi tidak kelihatan di majlis itu kerana mempunyai urusan kerja bersama Marrybrown di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment