Penaja

Saturday, December 12, 2009

Hero negara kecundang

Ramli Kasron 43 tahun, pernah jadi hero negara sebagai pelumba basikal kebangsaan yang pernah mewakili negara ke Sukan SEA, malangnya beliau kecundang akibat dadah. Ramli telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 4,477 gram. Ramli didapati melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kereta Plaza Tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Ayer Hitam, Batu Pahat, dekat sini pada pukul 6.45 petang, 19 April 2006. Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan sebarang keraguan munasabah dalam kes tersebut. Biarpun hukuman tersebut telah ditetapkan, tertuduh masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan. Ramli yang pernah mewakili negara pada Sukan SEA di Kuala Lumpur 1989 dan di Manila 1991 itu masih bujang, ditahan pihak polis di tempat letak kereta di plaza tol itu selepas penemuan beg plastik berwarna merah jambu di dalam kereta Suzuki Swift miliknya.

No comments:

Post a Comment