Penaja

Friday, December 11, 2009

Nabil: Kawin la cepat-cepat

Saya lihat Nabil dan Irma memang sepadan dan sajak untuk menjadi suami isteri. Mereka berdua pun sudah mengaku kepada umum tentang hubungan cinta mereka. Tentunya jika sudah tiba masanya apa ditunggu lagi, ikat cepat-cepat dan rancanglah bila masa yang sesuai untuk dirasmikan. Pertanyaan bila nak kahwin tentulah soalan 'wajib' yang sering dilontarkan kepada mereka, sehinggakan adakalanya, mereka sendiri sudah tidak tahu lagi apa jawapan terbaik untuk disampaikan. Nabil dan Irma kena ingat jika tidak diurus dengan baik, peminat mereka pasti akan sampai ke tahap meluat dengan dengan sikap tidak jelas seperti itu. Kalau dilihat dari segi umur, Irma sudah menjangkau 27 tahun dan akan menghampiri 30an tentunya tidak boleh menunggu lama. Semakin lama dibiarkan semakin banyak masaalah yang timbul yang kadang-kadang boleh membuatkan pasangan itu sendiri yang bosan sesama sendiri. Situasi ini banyak berlaku dan tak payah sebutlah pasangan selebriti yang mana satu. Sehingga kini pun pelbagai kritikan sudah singgah terhadap hubungan Nabil dan Irma. Malah, sudah ada pihak yang melabelkan mereka seperti 'belangkas' dan 'over' kerana terlalu banyak cerita tentang cinta mereka dan sering dilihat bersama. "Kalau ada jodoh dan sudah sampai seru kami berkahwin". Itulah ayat favourite yang merupakan "TAI CHI" terbaik setiap pasangan bila ditekan dengan pertanyaan "bila nak kawin".

No comments:

Post a Comment