Penaja

Tuesday, December 8, 2009

Eja, gembira kurniaan Ilahi

EJA atau Siti Shahrizah Saifuddin, dramatis dan pelakon filem merupakan seorang isteri kepada seorang ahli perniagaan bernama Mohd. Silahuddin Jamaluddin sudah melebihi 10 tahun. Kesempatan menunaikan umrah sebanyak dua kali baru dia sedar bahawa hidupnya begitu kosong dan sunyi sekali tanpa zuriat. Eja menadah tangan dan meminta petunjuk Ilahi untuk memberikan jawapan, akhirnya Eja menemui jalan penyelesaiannya apabila hatinya terbuka dan bersedia untuk menimang cahaya mata. Kehidupannya sebagai seorang wanita juga kini menjadi lebih sempurna dan lengkap dengan kelahiran anaknya Nur Eishal. Kini Eja sudah tahu bagaimana perasaan dan pengalaman menjadi seorang ibu yang memang menuntut tahap kesabaran yang tinggi. Eja bertuah kerana ibunya tidak pernah lelah membantunya dan sering kali menasihati serta mengingatkannya ketika menjaga anak sulungnya itu. Nur Eishal yang membawa maksud cahaya bunga syurga itu dilahirkan pada 3 September lalu di Pusat Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Baginya, untuk mendidik dan menjaga anak bukanlah satu tugas yang mudah kerana anak merupakan amanah dari Allah SWT. Kini hidupnya semuanya untuk Nur Eishal dan bukan lagi tentang dirinya saja. Sememangnya hidup saya benar-benar berubah," jelasnya yang menyifatkan Nur Eishal tidak banyak kerenah melainkan untuk ditukar lampin, lapar dan mahu tidur sahaja. Ditanya tentang ilham nama Nur Eishal itu, Eja menjelaskan dia sendiri yang mahukan anaknya itu mempunyai nama Nur di awalannya.
Ini kerana dia mahu menampilkan perbezaan dan tidak mahu anaknya mempunyai nama Siti seperti mana dirinya kerana jelas Eja, adik-beradiknya semua mempunyai nama Siti.

No comments:

Post a Comment