Penaja

Saturday, December 11, 2010

Uniform Galeri membeli belah untuk persekolahan



Sabtu lalu 4 Disember sebuah lagi stor jualan keperluah persekolahan telah diuka di Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tema Bandar Baru Bangi Banndar Ilmu, kewujudan banyak kedai buku dan keperluan sekolah dialu-alukan. Bertempat di kawasan perniagaan yang baru dibuka usahasama PKNS dengan Glomac ia sangat sesuai kerana lokasi ini berdekatan dengan banyak kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi. Kedai ini telah diusahakan oleh saudara Roslan yang banyak pengalaman dalam perniagaan kedai buku dan peralatan sekolah. Selain dai Uniform Galeri ini beliau telah mempunyai cawangan di Bangi Utama dan Puchong. Perasmian Uniform Galeri Glomac Bangi ini telah dirasmikan oleh Datok Abd Karim, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4/5 Bandar Baru Bangi dimana sdr Roslan merupakan ahli PPS4/5.

Wednesday, December 8, 2010

Maal Hijrah 1432

Sempena sambutan Maal Hijrah bagi kawasan DUN Bangi semalam, saya mengambil peluang menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri oleh YB Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan Ahli Parlimen Serdang YB Teo Nie Ching. Walaupun beliau bukan Islam namun beliau turut hadhir bersama-sama sebagai AP kawasan ini. Beliau mengenakan pakaian berbaju kurung dan berselendang menutup kepala, namun kipas terlalu berdekatan dengan beliau selendang yang nenuup kepala sentiasa terbuka...InsyaAllah bila selalu sangat berdampingan dengan masjid surau dan umat Islam ini YB Teo mendapat hidayah dan terus bertudung.