Penaja

Sunday, December 21, 2008

Selamat Pengantin Baru


Semalam Sabtu 20 Disember 2008, Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 29, selamat diijabkabulkan walaupun sebelum pernah kecundang dalam ikatan pertunangan yang dibina bersama Ina Naim tidak lama dahulu. Umpama sebuah lembaran baru, dua sejoli ini kini harus menempuh pancaroba baru. Mawi kelihatan sentiasa memimpin tangan isterinya, dan nampak yakin serta bersemangat. Mawi dan Ekin selamat diijabkabulkan oleh Datuk Imam Mahaat Mohd. Said, Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar dan disaksikan oleh pendakwah selebriti terkenal Ustaz Akhil Hayy beserta Ustaz Zulkarnain Hamzah AlHafiz disebelah Mawi sementara Dato' Dr Fazdhilah Kamsah dan Ustaz Dinie Juri disebelah Ekin. Dalam pada itu, Mawi berikrar untuk membuktikan bahawa beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.