Penaja

Sunday, December 6, 2009

Google map and GPS

Sejak bermulanya cuti persekolahan ini majlis perkahwinan semakin hebat di adakan. Kalau sebelum cuti sekolah hnya sekali-sekala ada undangan jemputan kahwin, kini setiap hari Sabtu dan Ahad, tidak lagi makan tengahari dirumah, tetapi dimajlis-majlis perkahwinan. Yang paling tak seronok ialah bukan satu undangan, malah sampai enam undangan pada hari yang sama. Itu yang berlaku 19 Disember 2009 nanti, saya menerima undangan 6 majlis serentak. Yang memeningkan lagi ialah semua majlis di adakan oleh saudara-saudara rapat dan kawan-kawan karib. Bukan dekat-dekat supaya bolej kejar waktu, tetapi jauh nuun satu di Johor, satu di Melaka dan empt di Lembah Kelang. Yang dilembah Kelang juga bukan dekat-dekat, satu di Shah Alam, satu di Kepong, satu di Kajang dan satu lagi di Ampang.
Setakat ini masih belum buat keutamaan lagi, cuma nak cerita betapa mudahnya sekarng ini mencari lokasi. Dua cara yang paling senang iaitu GPS dan Google Map. Mula-mula saya gunakan google map untuk mencari kawasan majlis contohnya skesyen 18 Shah Alam.Yang kedua semasa memulakan perjalanan saya set lokasi majlis dan ikuuuut je arahan hingga sampai ke destinasi tanpa melilau ke bukan tempatnya. Senangkan?



No comments:

Post a Comment