Penaja

Thursday, December 17, 2009

Politik sikit: Isu kedatangan MP Pakatan Rakyat ke Parlimen

Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh PM hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut. Kerana kegagalan hadhir tersebut Menyebabkan Pakatan Rakyat gagal menafikan bajet yang dibentangkan oleh PM. Mereka yang dilaporkan gagal hadhir....
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar - beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi. "Saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi."Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu".
Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat. - menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. "Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.
(Kedua-dua akan menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat)

Lain-lain
Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli,
Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.
10 Ahli parlimen PKR dan DAP.
70 Ahli Parlimen dari BN.

No comments:

Post a Comment