Penaja

Monday, December 7, 2009

KB Mall, malang tak berbau

Kejadian menggerikan ini berlaku di KB Mall Kota Bharu semalam, sebuah kereta Ford laser lama menjunam jatuh datri level parking tingkat 3 mengenai beberapa orang pegunjung. Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin dari Felda Chiku Gua Musang yang meninggal ditempat kejadian. Beliau ketika itu berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman dari Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menggunakan eskalator ke level atas KB Mall dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan. Malang tak berbau, siapa sangka niat membeli-belah bertukar tragedi seperti ini. (Foto copy MStar)

Berita dari sumber lain:
Sebuah kereta jenis Ford Laser TX3 berwarna kuning dipercayai dipandu dengan laju dibahagian atas tempat letak kereta Pasaraya KB Mall dan merempuh dinding penghadang lalu tembus ke bahagian tengah escalator utama Pasaraya KB Mall sehingga mengakibatkan kematian 2 orang pengunjung dan 3 lagi dilaporkan parah.Mereka yang terbunuh dikatakan sedang berada diatas escalator sebelum ditimpa oleh kereta tersebut yang jatuh dari tempat letak kereta tingkat 3 bangunan KB Mall. mereka yang terbunuh dan tercedera dimaklumkan sebagai pelajar Kolej Masterskill Kota Bharu yang berjunjung ke KB Mall.Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut gagal dikesan sehingga kini. pihak KB Mall telah menghentikan dengan serta-merta semua operasi perniagaan didalam KB Mall sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku. tidak diketahui berapa hari operasi perniagaan akan dihentikan berikutan pihak KB Mall terpaksa melakukan kerja baik pulih yang banyak.
Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.Ke 3-3 remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis

No comments:

Post a Comment