Penaja

Sunday, December 21, 2008

Selamat Pengantin Baru


Semalam Sabtu 20 Disember 2008, Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 29, selamat diijabkabulkan walaupun sebelum pernah kecundang dalam ikatan pertunangan yang dibina bersama Ina Naim tidak lama dahulu. Umpama sebuah lembaran baru, dua sejoli ini kini harus menempuh pancaroba baru. Mawi kelihatan sentiasa memimpin tangan isterinya, dan nampak yakin serta bersemangat. Mawi dan Ekin selamat diijabkabulkan oleh Datuk Imam Mahaat Mohd. Said, Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar dan disaksikan oleh pendakwah selebriti terkenal Ustaz Akhil Hayy beserta Ustaz Zulkarnain Hamzah AlHafiz disebelah Mawi sementara Dato' Dr Fazdhilah Kamsah dan Ustaz Dinie Juri disebelah Ekin. Dalam pada itu, Mawi berikrar untuk membuktikan bahawa beliau mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Saturday, August 9, 2008

Jom bersama Tok Guru 23 August 2008 di Bangi


Wednesday, August 6, 2008

Too much politics

Disana sini samada dikedai kopi maupun dipejabat topik utama dewasa ini adalah politik bermula dari Anwar BN, PAS, DAP, PKR, Pilihanraya kecil bla, bla...bla..yang paling menyedihkan yang bercakap tu tak masuk pun mana-mana parti politik tetapi menghabiskan 3 suku usia berbincang pasal politik. Terlalu banyak kita ni dipengaruhi oleh AREA OF CONCERN yang tidak memberi apa-apa impak walau sebanyak mana pun kita berbincang dan bercakap. Kenapa tidak kita tukar taju kepada macam mana cara untuk menyatupadukan ummah dengan cara aktif dalam NGO atau persatuan-persatuan tempatan yang banyak berselerak di tempat masing-masing. Fikirkan macam mana untuk mengatasi gejala sosial yang makin galak di tempat kita supaya diunia kita aman dan ceria. Tiada lagi kes-kes jenayah merosakkan kepentingan awam, seperti mencuri penutup longkang, ragut, mencuri besi penghadang jalan dan sebagainya. Kita sama fikirkan juga bagaimana cara untuk marapatkan hubungan antara kaum, antara berbagai agama dan kepercayaan. Sifat curiga antara kaum penting diatasi jika mahu Malaysia terus aman dan ceria

Thursday, May 29, 2008

Kg Air Taling Dangi, Johol NS masih tiada kemajuan





Ahad lepas saya menghadiri kenduri walimatul urus di kampong Air Taling Negeri Sembilan. Terasa macam kembali semula ke tahun 70han. Apa tidaknya, kalau ditempat lain sudah tidak ada jalan yang masih belum berturap, tetapi dikampong ini ianya satu kenyataan, jalan masih berdebu, hanya ditabur dengan batu bagi mengelakkan berselut diwaktu hujan. Apa yang wakil rakyat buat?, tidur ke? atau bajet untuk projek dah masuk tempat lain......

Tuesday, March 18, 2008

Indahnya Malaysia Baru


Sempena keputusan PRU12 marila hsama-sama kita bina Malaysia Baru yang jauh dari sikap perkauman, tindas menindas, prasangka dan segala yang negatif. Mood rakyat yang telah menolak sikap perkauman kini amat jelas dipamerkan. Walaupun selama ini parti PAS yang sinonim dengan jolokan PARTI ISLAM dan perjuangan Islam, yang di takuti oleh bukan Islam hanya tinggal sejarah. Semasa penamaan calon dan kempen sebelum pilihanraya, saya kerap mengalami situasi berdiri bulu roma, kenapa?, apa tidaknya dalam perarakan calon PAS sebahagaiannya terdapat kaum India yang berugama Hindu, dan Cina yang bersama berteriak dengan rombongan PAS, sama memakai baju T-Shirt PAS untuk Semua, sama berada dalam saf PAS. Kalau sebelum ini kedatangan pemimpin PAS ke mana-mana acara atau program di sambut oleh mereka yang berkopiah putih dengan takbir, tapi kini ditambah dengan gendang serta serunai India dan tarian naga Cina.


Suasana inilah sebenarnya keindahan sebuah negara berbilang kaum yang harmoni dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira keturunan dan kepercayaan yang dianuti. Kerana itu adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin Malaysia Baru memastikan keharmonian yang wujud dewasa ini berpanjangan sampai bila-bila