Setelah berentap hebat antara BOBOI dan OSBON, kemenangan telah berpihak kepaada OSBON, kedua-duanya cemerlang walau siapa pun juara mereka berhak menerimanya. Memang rezqi menyebelahi OSBON. Lawak OSBON bermula dengan sederhana kalah kepada BOBOI dari segi kedudukan hingga kepada beberapa minggu berlalu kekuatan lawak OSBON mula menonjol dan berjaya mengambil kedudukan BOBOI. Lawak bersahaja dan tentunya kelebihan OS ada gigi ysng special. Gigi OS bawa tuah agaknya, biarpun terasa dihati bila gigi di tonjolkan namu OS menerimanya dengan hati terbuka. Begitu juga dengan keritikan-keritikan pedas, beliau tetap bersemangat meneruskan kecemerlangan.
“Saya tidak ambil kisah dengan kritikan juri. Itu tanggungjawab mereka untuk menilai persembahan kami pada setiap minggu. Saya tidak rasa kata-kata mereka itu terlalu teruk. Kalau ikutkan, Abon kenakan saya lebih teruk di atas pentas. Jadi, tidak mengapalah. Lagipun, saya sudah lalui perkara ini sejak di awal penglibatan saya dalam dunia seni. Ketika saya datang ujibakat untuk program nyanyian di RTM, mereka telah kritik saya. Begitu juga dengan filem-filem saya sebelum ini. Pernah mendapat kritikan hebat. Bagi saya, kalau saya tidak boleh menerima kritikan, itu bermakna saya tidak boleh berkarya lagi. Kritikan itu sebenarnya membentuk diri kita sekarang ini,” ujar Os berterus-terang.
Abon pula punya cerita berbeza. Pelawak yang sinomin dengan loghat jawa ini mengakui dia berasa terpinga-pinga ketika dikritik oleh mereka yang tidak punya pengalaman berlawak –jenaka.
“Tiga minggu pertama kena kritik dengan barisan juri profesional, saya macam terpinga-pinga sebab masing-masing dalam bidang berbeza. Mereka bukan pelawak. Tetapi lama-kelamaan, saya kagum dengan pendapat profesional mereka. Tak sangka mereka boleh memberi pendapat yang baik. Jadi, untuk membuktikan kami boleh lakukan yang terbaik, kami cuba mencari idea yang mampu menghiburkan juri dan juga penonton,” ujar Abon pula.
Menyentuh tentang wang kemenangan RM350,000 yang dimenangi, masing-masing mengakui akan menggunakan wang itu sebaik mungkin. Bagi Os, dia tidak berhasrat untuk membeli teksi baru, sebaliknya akan mengubah-suai teksi sekarang ini agar lebih selesa.
“Os tetap Os dan saya akan tetap membawa teksi selepas ini. Kalau ada tawaran berlakon atau berlawak-jenaka, saya akan buat. Wang kemenangan yang saya perolehi itu, saya tidak rancang pun hendak beli teksi baru sebab teksi sekarang masih elok lagi. Bagaimanapun, saya mahu ubah-suai sedikit untuk keselesaan. Selebihnya, saya akan gunakan untuk perbelanjaan anak-anak,” ujar Os.
“Saya pula akan terus berlawak sebab ini adalah mata pencarian saya selama ini. Tentang wang itu, saya masih belum terfikir hendak buat apa lagi. Tapi sudah tentu akan digunakan dengan baik,” ujar Abon pula. Osbon dan Boboi mendapat sorakan hebat setiap kali beraksi kerana lawak-jenaka yang ditampilkan cukup menggelikan hati.
razmij Sharing the Beautiful World
BUKAN KELUANGMAN,BUKAN SUPERMAN, BUKAN X-MAN BUKAN CICAKMAN,
Ahad, 1 Januari 2012
Isnin, 19 Disember 2011
Fenomena Ustaz Azhar Idrus
Saya dapat menghadiri kuliah atau program tanya ustaz yang dikendalikan oleh ustaz Azhar Idrus. Lagipun banyak rakaman kuliah beliau dirakam dan letak di youtube yang boleh ditonton oleh sesiapa saja. Kelebihan ustaz Azhar ialah penyampian bersahaja dan setia dengan loghat Terengganu. Pada 17 Disember yang lalu beliau dijemput memberi kuliah maghrib di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Sambutan yang luar biasa dan memang sudah dijangka bila ribuan manusia hadir untuk mendengar kuliah beliau secara live. Bandar Baru Bangi menadi sesak dengan kenderaan sejak dari petang lagi, Mungkin para hadirin terpaksa meletak kereta diluar masjid menyebabkan jalan menjadi sempit dengan ditambah jumlah kenderaan yg tidak boleh ditampong oleh jalan raya Bangi. Ramai yang mengatakan ustaz Idrus meruakan fenomena terbaru selepas Ustaz Hadi, Anwar Ibrahim dan Mawi....he is a crowd puller...
Ahad, 18 Disember 2011
Membanggakan....tahniah Osman Ali
Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu diberitakan berjaya mencecah lebih RM11 juta setelah 17 hari ditayangkan. Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut akan dilanjutkan selama dua minggu lagi. kemungkinan filem ini boleh mengtip sehingga 4juta lagi mengikut perkiraan kasar penerbit.
Dengan kejayaan hebat itu pihak penerbitan merancang untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang terlibat. DIFAHAMKAN Ombak Rindu akan dihantar untuk ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2012. Ombak Rindu, ia mengisahkan Izzah lakonan Maya Karin iaitu gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah. Lalu ayah dan ibu saudaranya, mengambil alih tugas memelihara Izzah. Namun, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang, Taha menjual Izzah kepada seorang pemilik kelab malam. Di situlah bermulalah perkenalan Izzah dengan Hariz (Aaron Aziz) yang menjadi pelanggan di kelab itu.

Sabtu, 10 Disember 2011
Carilah penyelesaian terbaik...masing-masing memerlukan

"Saya tidak faham mengapa dia mendakwa pihak kami tidak memberi bayaran setimpal kepadanya, sedangkan dia sudah menerima bayaran yang agak banyak sejak novel itu diterbitkan.
"Malah sejak filem Ombak Rindu ditayangkan di pawagam, novel tersebut diulang cetak sebanyak 40 ribu naskhah lagi dan dia bakal menerima royalti sebanyak RM50,000 lagi untuk cetakan terbaru ini," katanya pada sidang media penjelasan isu bayaran royalti novel Ombak Rindu, di pejabat Karangkraf, di sini, Jumaat.
Hussamuddin menjelaskan dakwaan penulis tersebut dalam sebuah akhbar tempatan terhadap pembayaran yang tidak setimpal dan telus daripada pihak penerbitan Alaf 21 adalah tidak berasas sama sekali.
Tambahnya, kontrak yang dimeterai antara penulis dan penerbit buku turut menjelaskan bahawa sebarang pengurusan pemasaran novel tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Alaf 21.
"Kami mengambil tawaran yang dibuat oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd pada tahun 2009 untuk membeli hak cipta novel ini bagi diadaptasi kepada filem dengan bayaran hanya RM4,000.
"Ketika itu Ombak Rindu adalah novel pertama yang dijual dan bagi saya jumlah itu merupakan angka yang agak besar kerana penjualan naskhah novel itu juga ketika itu kurang memberangsangkan.
"Bagi pandangan saya sebagai ahli perniagaan ini merupakan situasi menang-menang kerana jika filem itu berjaya secara tidak langsung novel ini akan terjual kembali," katanya kesal dengan tindakan Fauziah.
Sultan Kelantan.....berjiwa mukmin
SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.
Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.
Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.
Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.
Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.
Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.
Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.
Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:
> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.
> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV.Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.
> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)
> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah“Alhamdulillah...”
> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.
> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)
> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soalkekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...
> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnyaserta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.
> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

Selasa, 22 November 2011
Tahniah skuad Harimau............terbaekkkkk

(Foto-foto dari Harian Metro)Saya turut berbangga dengan pencapaian terbaek Harimau membenam garuda Indo 4-3 digelanggang lawan dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di Indonesia. Yang paling membanggakan saya sebagai orang Kelantan yang menetap di Selangor ialah goalkeeper Apek orang Kelantan. Lebih mengejutkan ialah ramalan saya Malaysia menang 1 sama dengan Malaysia menang sepakan penalti menjadi kenyataan. Walaupun kebetulan saja tapi rasa macam nujum pak belalang pulak. Melihat kepada senario perlawanan, Malaysia memang berhak menang. Ramai pemain Malaysia injured gara-gara permainan kasar pemain Indonesia. Banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol untuk Malaysia tetapi memang rezqi menang tendangan penalti dimana keputusan terus terikat sayu sama sehingga ke masa tambahan. Permainan yang bertenaga pasukan harimau hingga ke wisel terakhir memberi gambaran bahawa sebenarnya bolasepak Malaysia boleh pergi jauh, cuma jangan dipatahkan semangat sukan dngan benda remeh temeh dan perebutan kepimpinan serta campurtangan politik. Biarkan bolasepak negara dikendalikan dengan penuh profesional, sama juga dengan sukan-sukan lain.
Jumaat, 18 November 2011
11-11-11-11-11 pemilihan nombor bertuah membawa padah

Perancangan teliti telah dibuat oleh Shawkat Ali Khan, pemuda Bangladesh, memilih tarikh keramat 11/11/11 jam 11.11 sebagai tarikh dan waktu perkahwinan beliau, supaya ianya menjadi sejarah indah dalam hidupnya. Namun impian Shawkat tidak kesampaian, tarikh yang waktu dipilihnya tidak bertuah seperti yang disangka, malah membawa malu kepada dia dan keluarga. Tidak sampai pun 11jam 11minit 11 saat isteri yang dikahwininya Farzana Yasmin, lari meninggalkan dia gara-gara orang ketiga. Bukan sebab ada awek lain atau isteri lain, tapi disebabkan perbuatan ibu saudara beliau yang bertegas supaya pengantin perempuan memberi hantaran sebuah TV dan sebuah peti sejuk. Pelik punya tradisi, perempuan kena bagi hantaran...... namun itulah kenyataan yang memberi bala kepada Shawkat. Sebuah rumahtangga idaman dengan tarikh idaman yang datang 100 tahun sekali menjadi sia-sia........ Alahai manusia
Langgan:
Catatan (Atom)