Penaja

Friday, December 11, 2009

Ahmad Danial bin Mohamed

Seorang lagi sahabat qorib @ kawan rapat masa sekolah dikampung hingga kini, Ahmad Danial yang kami panggil Danial sahaja. Beliau berasal dari kampong Pangkal Gong, Pulai Chondong. Masa sekolah menengah kami tinggal di rumah sewa di Jalan Merbau Kota Bharu dan dialah cef kami, pandai masak. Saya pandai goreng ikan bilis sahaja. Kini beliau bertugas di Ibu Pejabat kastam Putra Jaya sebagai Penolong Kanan Pengarah kastam bahagian Perolehan.
Ahad ini 13 Disember merupakan hari bersejarah beliau sekeluarga dimana anak sulung beliau akan melangsungkan perkahwinan bertempat di Putra Jaya juga. Ya, selamat menerima menantu dan tahun depan InsyaAllah dapat gelaran DATUK.

No comments:

Post a Comment