Penaja

Friday, December 11, 2009

Gosip: Jauhi kontroversi jika takut gosip

Gosip adalah asam garam dunia selebriti. Bila sudah popular segenap gerakan sendi akan diperkatakan orang. Kalau takut orang kata jangan jadi orang popular, jadi saja orang biasa macam BIASAMAN. Kononnya sejak populer sebagai selebriti Farah Asyikin digosipkan dalam percintaannya dengan lelaki berstatus suami orang dan menjadi heboh semenjak Oktober 2009 yang lalu. Mungkin boleh dikatakan bijak juga bila beliau tidak melenting, bahkan tidak banyak cerita mengenai perkembangan kariernya dipaparkan sejak kebelakangan ini. Kadangkala bersikap diam diri boleh melenyapkan kisah sensasi yang muncul itu. Farah Asyikin yang kembali solo (orang dulu panggil menjanda) memaklumkan dia dalam proses menyiapkan single terbaru. Yang menjadi bahan gosip antaranya bercuti ke Australia berehat dan ......bertemu kenalannya (seseorang???) dan bersiar di sana. Bila ditanya media:
"apakah bercuti berdua?",
wanita berusia 30 tahun ini berkata:
"Saya tidak tahu kenapa apabila beritahu pergi bercuti, orang akan salah anggap. Mesti bertanya sama ada saya berdua dan buat apa di sana? Saya ke Australia seorang diri untuk bertemu rakan, menikmati keindahan alam negara itu dan berehat. Salahkah saya berbuat demikian? Apapun, saya mengaku hubungan dengan si dia masih baik. Kami masih berkawan seperti dulu, tetapi tiada rancangan untuk berkahwin kerana belum bersedia mendirikan rumah tangga sekali lagi. Bagaimanapun, saya senang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. Andai kata, memang benar ada jodoh buat saya, biarlah Tuhan yang tentukan semuanya". TAMAT

No comments:

Post a Comment