Penaja

Sunday, December 27, 2009

Kelantan Darul Naim

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah dipilih sebagai pemenang Pertandingan Program Amalan Persekitiran Berkualiti (5S) Kategori Negeri (Bahagian Sektor Awam) bagi tahun 2009 selepas menewaskan pencabar terdekatnya Majlis Bandara Raya Shah Alam, Selangor.Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat, MPKB-BRI Azizan Haji Mohamed berkata, dengan kemenangan tersebut MPKB-BRI menerima wang tunai RM5,000, sebuah piala dan sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Jacob Dangau Sagan pada 8 Disember lalu bertempat di sebuah hotel terkenal di Petaling Jaya, Selangor.
Majlis pengauditan pertandingan amalan persekitaran berkualiti 5S itu di MPKB-BRI untuk menentukan pemenang peringkat kebangsaan itu telah dilakukan oleh dua pegawai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku penganjur pertandingan Program 5S pada 3 Disember 2009.Azizan berkata, sebelum ini iaitu pada tahun 2008 MPKB-BRI hanya mendapat Anugerah Khas bagi kategori yang sama selepas tewas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (ibupejabat) dan setelah dua tahun mencuba, akhirnya MPKB-BRI berjaya menjadi pemenang.Beliau juga mengakui tahun 2009 merupakan tahun yang paling bertuah kepada semua wargakerja MPKB-BRI apabila MPKB-BRI turut berjaya menjadi johan bagi 3 pertandingan lain yang disertainya.
Antaranya, johan Peringkat Kebangsaan bagi Pertandingan Anugerah Ceria Bahasa untuk Katagori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Majlis Penyampaian hadiah yang berupa sebuah piala pusingan, buku terbitan Dewan Bahasa dan sijil telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajar Malaysia Datul Dr Wee Ka Siong kepada Yang Dipertua, MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmood pada 3 November 2009 bertempat di Dewan Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur .Menurut Azizan lagi, MPKB-BRI juga memdapat johan di dalam Pertandingan Jualan Gerai Cantik sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang adakan pada 28 Oktober 2009 di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.Katanya, dengan kemenangan tersebut, MPKB-BRI menerima wang tunai RM700 ringgit dan sijil penyertaan serta mendapat johan dalam pertandingan Anugerah Kualiti Darul Naim pada 12 November 2009 yang menawaskan hadiah wang Ttunai RM10,000 anjuran Kerajaan Kelantan.Hadiah bagi kategori ini disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Haji Ahmad bin Yakub.

No comments:

Post a Comment