Penaja

Tuesday, December 8, 2009

Lagi kemalangan menyayat hati

Kalau dua hari lepas kita digemparkan dengan kejadian kereta terjun ke dalam pasaaya KB Mall, semalam, satu lagi kejadian menyayat hati berlaku dimana tiga beradik mati lemas keran ingin menyelamatkan adik perempuan mereka yang hanyut, yang juga turut mati lemas. Kejadian ini berlaku di Kuantan, Pahang. Mereka yang cuba menyelamatkan adik mereka yang tergelincir ialah Mohd Shukri Md Samsuri, 15, Syafiqah, 15, dan Mohd Syafik, 12, mati lemas apabila terjun ke dalam parit berkenaan untuk menyelamatkan adik mereka, Norsyakirah, 8 tahun. Menurut Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Abdul Rahman Mo''min, kejadian jam 1.30 petang semalam ketika ibu bapa mereka sedang memancing bersama dua lagi adik-beradik yang lain, sementara mereka berempat bermain di sekitar kawasan itu. Salah seorang daripada mereka dipercayai tergelincir dalam parit sedalam 10 kaki menyebabkan yang lain terjun ke dalam parit berkenaan untuk menyelamatkannya, semua mangsa tidak tahu berenang turut tenggelam. Kedua ibu bapa mereka yang kemudiannya menyedari kejadian itu bertindak segera cuba menyelamatkan namun gagal.

No comments:

Post a Comment