Nurul Ain masih ketakutan dan trauma dengan kejadian ngeri KB Mall yang mengorbankan dua penuntut wanita Kolej Masterskill. Umurnya baru menjangkau 17 tahun dan sedang menduduki SPM. Nurul Ain menceritakan sebelum kejadian berlaku, dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, dan seorang lelaki kenalannya yang bernama Sabri, keluar dari rumah mereka di Kampung Chekeli, kira-kira jam 3 petang menaiki kereta jenis Ford Laser TX3 bewarna kuning. Di sepanjang perjalanan ke KB Mall, kereta tersebut, yang dipandu Sabri tidak mengalami sebarang masalah. Sabri mengambil Nurul Ain dua beradik di rumah dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada ayahnya Said Ismail, 51. Kejadian ngeri itu bermula kira-kira jam 5 petang, dimana ketika mahu pulang ke rumah, mereka menaiki kereta tersebut yang diletakkan dalam petak parkir tingkat 3 KBMall. Memang perkara biasa di KB Mall bila kawasan pakir bawah tanah penuh pemandu diarahkan meletakkan di tinkat 3 Bagunan itu. Bila sudah berada dalam kereta dan Sabri cuba menghidupkan kereta tersebut tiba-tiba kereta berkenaan tidak boleh dihidupkan. Nurul Ain dan adiknya diminta oleh Sabri menolak kereta terbabit manakala dia duduk di kerusi pemandu untuk cuba menghidupkan enjin kereta. Bila di dapati Nurul Ain dua beradik tidak mampu menolak kereta tersebut Sabri turun dan meminta Nurul Ain mengambil tempatnya ditempat pemandu dan Sabri menolak kereta tersebut bersama Nurul Akma. Sebaik sahaja enjin berjaya dihidupkan, Nurul Ain tertekan pedal minyak menyebabkan kereta terus meluncur ke dinding lalu merempuh dinding berkanaan dan terjunam ke tingkat bawah. Kejadian itu menyebabkan dia kini dirawat di hospital RPZII dan mengalami kesukaran bercakap juga makan akibat cedera pada mulut terkena serpihan cermin kereta yang pecah. Adiknya Nurul Akma yang dikatakan melarikan diri, sebenarnya dihantar pulang oleh orang awam ke rumahnya sebelum polis mengambil keterangannya sebagai saksi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Menurut Nurul Akma, dia yang turut menolak kereta itu tergamam apabila melihat kakaknya yang berada dalam kereta itu turut terjunam ke bawah. Nurul Akma turut berkata sebelum kejadian, dia sudah menasihatkan Sabri supaya mencari orang lain yang pandai memandu supaya membantu menghidupkan kereta terbabit, namun dia enggan. Ketika ini Sabri masih dicari oleh pihak Polis untuk mendapat keterangan.
No comments:
Post a Comment