Penaja

Friday, December 18, 2009

Dr Yusoff AlQardhawi

YUSUF al-Qaradawi adalah ulama, pemikir, sarjana dan intelek kontemporari pada abad ini. Dilahirkan di Mahallah al-Kubra negeri Gharbiah, Mesir pada 1926. Sejak kecil, pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya. Selepas tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Al-Qaradawi terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan penulisannya, al-Qaradawi sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.

No comments:

Post a Comment