Penaja

Saturday, December 12, 2009

Zahnita Wilson: hilang kontrak RM2juta, saman Gulatis

Zahnita Wilson menuntut RM2 juta Jumaat lalu atas Gulatis yang menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenaran beliau dan mendakwa telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil yang lain kerana perkara itu. Zahnita Dorothy Hussein Wilson menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Ahmad Zaidi & Partners. Beliau juga memohon supaya Gulatis menghentikan penggunaan gambarnya pada mana-mana iklan syarikat itu dan memohon maaf secara terbuka melalui media massa tempatan. Sebelum kejadian itu, Zahnita telah pun bersetuju dengan syarikat tekstil lain, Syarikat Jakel Trading, bagi menjayakan satu usahasama bernilai RM2 juta dan akibat daripada penggunaan gambarnya oleh Gulatis, syarikat Jakel memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengannya kerana beranggapan dia mewakili Gulatis dalam saingan industri yang sama. Zahnita berkata beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan Jakel, sekaligus menjejaskan imej dan reputasinya di mata masyarakat.

No comments:

Post a Comment