Kakitangan K'jaan Yang Akan Tamat Kontrak Kini Tertekan - CUEPACS. Tajuk yang sangat kena pada tempatnya. Cuepacs sudah pun menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini, antaranya Kementerian Pelajaran, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Jabatan Pertanian. Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang tidak disambung perkhidmatan dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan. "Setakat ini sahaja, kami terima aduan daripada kira-kira 200 pekerja kontrak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri atas alasan bajet tidak mencukupi, dan kami anggarkan jumlah itu akan meningkat.
"Cuepacs merayu supaya kerajaan mempertimbangkan semula rancangan untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka. Omar berkata kebanyakan pekerja kontrak terlibat merangkumi golongan muda berusia antara 25 hingga 30 tahun dan sudah berumah tangga. Pekerja kontrak yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak menghadapi masalah kontrak mereka dilanjutkan. Terdapat kira-kira 60,000 kakitangan awam kontrak di negara ini.
Petikan media di atas amat relevan dengan komen saya sebelum ini dalam posting perihal pekerja kontrak kelulusan kolej, Politeknik atau Universiti. Mereka sekarang sedang menunggu hari menjelang 31 Disember untuk ditamatkan perkhidmatan. Kemana mereka nak pergi mencari pekerjaan baru. Sebagaimana disebut oleh presiden CUEPACS, ada yang sudah berumahtangga yang perlu membiayai keluarga dan ada yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan. Kerajaan yang ada sekarang sepatutnya menghayati selogan yang di war-warkan seantero negara RAKYAT DIDAHULUKAN. Kalau dah 60,000 rakyat menganggur gara-gara kerja kontrak tamat, mana yang dikata rakyat didahulukan. Tak kan hanya padai retorik sahaja, PRU 13 kantoi BN.
No comments:
Post a Comment