Penaja

Tuesday, December 22, 2009

Tak serik-serik tertipu skim piramid

Dengan memperkenalkan pelaburan berkonsepkan ‘makan dan untung’, didakwa ada restoran yang telah melesapkan lebih RM26 juta hasil pelaburan 17,000 ahlinya sejak awal tahun 2008. Dengan berkonsepkan skim pelaburan piramid, restoran terbabit yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang telah menawarkan beberapa pakej pelaburan bermula dengan pakej emas RM3,000 hingga platinum bernilai RM33,000 seunit. Pelanggan sudah tentu tertarik dengan ganjarannya.
Khabarnya ada seorang pelanggan mengumpul 14 ahli keluarga dan melaburkan wang ke dalam pakej platinum dan emas secara berperingkat tetapi malangnya dia sekeluarga hanya menerimanya beberapa bulan pertama sahaja sebelum pengurusan restoran itu memberi pelbagai alasan selain mengelakkan diri daripada bertemu pelabur.
Ada mangsa yang mengalami kerugian lebih RM36,000 wang simpanannya apabila tertarik dengan skim yang diiklankan di sebuah akhbar tempatan itu. mansa yang terpedaya telah dijanjikan keuntungan bulanan RM1,500 sehingga lima tahun sudah tentu tanpa ragu mangsa melaburkan wang simpanan yang ada. Tetapi seperti kes tadi juga dia hanya menerima pulangan untuk enam bulan pertama. Selepas itu, tiada sebarang berita mengenai pelaburan terbabit hingga diberitahu seorang kawan restoran itu mengalami kerugian.
Kes kes penipuan skim piramid ini tetap berjalan terus-menerus dengan modus operandi yang lain pula. Yang menjadi mangsa ialah mereka yang begitu ghairah menjadi kaya, kalau boleh secepat mungkin. Bukan sahaja orang biasa yang tertipu, bahkan negara pernah digegarkan dengan penipuan terhadap artis-artis terkenal yang melibatkan jutaan ringgit. Kegiatan jahat ini secara langsung memburukkan imej "jualan langsung" dan MLM yang sah dari segi undang-undang.

No comments:

Post a Comment