Penaja

Thursday, December 10, 2009

Azwan Ali: tak kemana pun Lazer tu

Kita mengalu-alukan Azwan Ali insaf, sedar bahawa jenama LAZER yang dipakainya tidak akan kemana. Memohon maaf memerlukan kekuatan jiwa, jiwa yang besar, mencabar ego dan sangat sukar dilakukan. Walaupun masih ramai yang mempersoalkan kenapa dan mengapa Azwan terbuka hati untuk memohon maaf kepada pihak-pihak yang terkena sinaran lazer beliau mungkin kerana tak sangka Azwan akan melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Janji Azwan akan menjaga tutur katanya agar tidak lagi menyakiti hati sesiapa, adalah sesuatu yang sukar dihuraikan. Pendirian Azwan yang lebih menuju ke arah kebaikan seperti yang dituntut oleh agama, setelah kembalinya menunaikan umrah baru-baru ini tentunya sesuatu yang positif. Kesempatan bertemu mereka yang pernah dianggap sebagai mangsa lazernya di malam Anugerah Skrin (ASK) 2009 minggu lepas, dimanfaatkan sepenuhnya oleh Azwan. Azwan tekad meminta maaf di mana jua berjumpa mereka. "I have stopped all the nonsense. Azwan Ali is a happy person now...,no more tension," kata Azwan. "Apa yang saya dapat rasakan ialah bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita....," jelas Azwan yang tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana ramai pihak termasuk 'musuh-musuh'nya sudah mula menampakkan reaksi positif melihat perubahan mendadak dirinya. Bagi Azwan, pengacara yang memulakan kariernya di TV3 sebagai pengacara 'Melodi berkata kehidupannya semakin indah dan bermakna apabila tiada dendam dan sengketa dalam hidupnya kini.

No comments:

Post a Comment