Penaja

Sunday, December 6, 2009

Wanita Hebat: Erma Fatimah

Erma Fatima memenangi banyak anugerah menerusi dramanya 'Tersasar Di Jalanmu' dimana beliau telah menggondol enam anugerah termasuk Drama Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pengarah Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009) yang baru berlalu. Drama kekuatannya terletak pada nilai kemanusiaan, kekeluargaan dan paparan kasih sayang yang ditonjolkan. Menurut Erma, beliau menghasilkan drama itu sempena dengan kempen masalah sosial remaja untuk yayasannya, malah, Erma turut mendedikasikan kemenangan itu kepada komuniti yang tinggal di Lorong Haji Taib. Menurut Erma lagi, drama 'Tersasar Di Jalanmu' yang berkisar kepada permasalahan sosial yang bermaharajalela di kawasan Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur itu diangkat atas dasar tanggungjawab sosialnya sebagai penggiat seni untuk memberikan mesej dan gambaran sebenar mengenai masalah itu buat anak bangsa terutamanya Melayu.

No comments:

Post a Comment