Penaja

Sunday, December 27, 2009

Sikap pemandu

Kerajaan telah membelanjakan berjuta RM untuk menyediakan jalan raya yangg baik untuk kita. Dari jalan dua lorong kepada tiga lorong hingga kepada enam lorong. Kempen keselamatan silih berganti dari OPS Sikap 1 hingga ke 18, namun sikap pemandu masih ditahap rendah, tiada disiplin. Kalau tiada pemantauan dari pihak polis atau JPJ, pemandu kita akan bermaharajalela di jalan raya yang diakhiri dengan tragedi dan kesusahan kepada pemandu lain. Memandu laju tak kira kenderaan dari sekecil kancil hingga ke bas-bas express, masing-masing tunjuk hero atas jalan. Bas express tak usah kelentog lah tak laju, kalau anda memandu kereta di lebohraya anda akan dapati beas-bas expres akan memotong dengan laju, ikut lane kanan sekali atau kalau lane kanan tak boleh lalu mereka akan memotong ikut kiri. Akibatnya cukup menyedihkan...seperti mana yang berlaku di Ipoh dua hari lepas..bila nak insaf ni?

No comments:

Post a Comment