Penaja
Thursday, December 10, 2009
David Letterman: Siapa saja jadi bahan jenaka
Siapa tidak kenal David letterman, Hos rancangan sembang larut malam rangkaian televisyen CBS. David Letterman semalam menjadikan Tiger Woods bahan jenaka dalam rancangannya, ‘Late Show’. Letterman tidak mengenal bulu, siapa saja boleh jadi bahan jenakanya. Lazer Letterman tiada penghujungnya. Kebetulan pula ramai menyedari akhir-akhir ini Tiger Woods melalui masa musibah, banyak masaalah terjadi ke atasnya, bermula dari kemalangan akibat mabuk dan dakwaan curang terhadap isteri mencurah-curah tiba hinggakan seorang pelakon porno pun mangaku pernah tidur sekatil dan berasmara dengan Woods. Yang membuat penonton lucu gelagat David Letterman ni kerana dia sendiri pun turut berdepan dengan skandal beberapa minggu lalu. Sambil berjenaka yang dikuti ketawa berdekah-dekah para penonton bila berkata, dia berharap jaguh golf dunia itu berhenti menelefonnya untuk mendapatkan nasihat (kerana bukan saja engkau woods aku pun sama). “Nampaknya Tiger Woods berdepan dengan beberapa masalah,” kata Letterman ketika memulakan rancanganngannya selepas seminggu tidak ke udara.“Presiden Obama mengambil keputusan menghantar askar tambahan ke Afghanistan. Dia sepatutnya menghantar mereka ke rumah Tiger Woods,” kata Letterman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment