Iskandar Malaysia akan menjadi lokasi kepada kemudahan studio produksi media bersepadu yang dikenali sebagai Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) bernilai RM400 juta.
Khazanah Nasional Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Beserah Ventures Sdn. Bhd. dan Pinewood Shepperton Plc. dari Britain memeterai perjanjian muktamad untuk membangunkan kemudahan berkenaan.
Projek tersebut merangkumi keluasan 32 hektar, kata Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar pada majlis pelancarannya di sini semalam.
Jelas Azman, kemudahan canggih ini dijangka dibuka pada awal 2013.
PIMS dijangka membawa masuk faedah ekonomi dan sosial yang signifikan kepada Iskandar Malaysia dan negara, katanya.
"Ia diunjurkan menyumbang kira-kira RM1 bilion kepada kesan ekonomi dalam tempoh lapan tahun akan datang, mewujudkan 3,000 pekerjaan langsung dan 5,000 pekerjaan tidak langsung setahun," kata beliau.
Pinewood Studios merupakan studio penggambaran filem terkenal seperti James Bond, Batman, Lara Croft dan Superman serta filem cereka, drama televisyen, komersil, promosi pop, animasi dan penggambaran foto
No comments:
Post a Comment