Penaja
Thursday, November 5, 2009
Yahuuu Ahad Kelantan cuti
Bagi yang bertugas di Kelantan, tentunya menyambut pengumuman Datuk Menteri besar dengan penuh kesyukuran. Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan. Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian. Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Menurutnya, mereka tidak perlu bersusah payah memohon cuti atau tergesa-gesa untuk pulang semula ke kampung halaman masing-masing untuk bekerja keesokan harinya."Walaupun kita belum pasti adakah kita akan menjadi juara pada malam itu, namun cuti tetap akan diberikan pada hari Ahad ini atas sebab-sebab sedemikian," ujarnya. Beliau berkata, dengan adanya cuti tersebut mudah-mudahan para penyokong khususnya yang sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil akan pulang dengan tenang dan selamat. Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri kerana telah berjaya melangkah gagah ke peringkat akhir. Beliau juga berharap, dengan prestasi yang semakin meningkat itu skuad Kelantan diharap mampu menjuarai perlawanan peringkat akhir nanti. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui berkata, dianggarkan hampir 50,000 penyokong Kelantan akan memberi sokongan di Stadium Bukit Jalil nanti.Sebelum ini Tuan Guru telah mengikuti perlawanan separuh akhir pertama antara Kelantan menentang Perlis di Stadium Sultan MuhammadKe-IV berkesudahan pasukan merah putih itu menang dengan 2-0.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment