Memang musim kenduri kahwin, jemputan kenduri menimbun walaupun musim hujan dan banjir. Bagi pasangan pengantin memanglah seronok musim hujan, sesuai untuk berdua-duan bulan madu , memadu kasih, tak panas dan mungkin juga kurang gangguan. Bagi yang nak terima jemputan ni agak sukar sikit bila hujan tak berhenti, jalan becak, jalanraya berair dan bermacam lagi. Saya terima undangan dari kawan baik sejak kecil, seorang pegawai tinggi KASTAM, akan mengahwinkn anaknya sekaligus mengajak untuk menghantar anaknya ke Johor. Saya terima dengan senang hati sebab dia adik beradik saya di sini tentulah gembira dapat menyertai rombongan. Yang membuat saya pening kini sepupu pula datang hantang kad jemputan pada tarikh yang sama, seperti juga jemputan kawan saya ini iaitu pakej majlis kahwin dan menghantar ke Terengganu. Saya sudah meminta maaf tidak boleh hantar ke Terengganu, tetapi macam mana dengan hari walimah yang jatuh sama dengan tarikh ke Johor...
No comments:
Post a Comment