Penaja
Wednesday, November 25, 2009
Penumpang keretapi terkandas di Gua Musang
Harian Metro melaporkan ratusan penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas di Stesen Keretapi Gua Musang apabila perkhidmatan tren Ekspres Wau dan Timuran tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan banjir, pagi semalam. Kereta api ekspres itu masing-masing dari Singapura dan Kuala Lumpur untuk perjalanan ke Stesen Keretapi Tumpat terkandas di Gua Musang kerana landasan kereta api antara Stesen Keretapi Kuala Krai dengan Bukit Abu ditenggelami banjir. Bagaimanapun, penumpang yang bersesak mulai awal pagi di Stesen Keretapi Gua Musang dapat diatasi secara berperingkat apabila KTMB menyediakan bas untuk mengangkut mereka bagi menyambung perjalanan ke destinasi masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment