Penaja

Wednesday, November 25, 2009

Teknologi Audio Video

Teknologi Audio Video amat mengkagumkan. Bermula dengan cara convesynal, sistem analog hingga ke tahap terkini menggunakan teknologi berasaskan komputer atau teknologi digital. Teknologi pertama diperkenalkan ialah teknologi rakaman bunyi dimana rakaman pertama didunia ialah rakaman ucapan penting pemimpin negara yang di luaskan sehingga kepada rakaman lagu-lagu dan muzik. Perkembangan rakaman lagu amat ketara dari piring hitam sehingga kepada yang terkini dalam bentuk soft yang disimpan dalam berbagai jenis memori seperti Hardisk, SD, thumdrive. xD, Compact Flash dan sebaginya atau dalam bentuk cakera seperti CD. Rakaman audio sahaja tidak lengkap, maka dirangkumkan dengan video maka terbitlah filem, video tape, Laser Disk, VCD, DVD, HD-DVD hingga ke Blue Ray Disk (BD).
Video tape analog sudah hampir tenggelam dan hampir pupus bahkan tiada lagi kelihatan dipasaran. Video tape boleh menghasilkan video yang baik tetapi kualitinya akan beransur hilang bila magnetik yang merakam audio-video tersebut semakin terhakis. Satu lagi kelemahan video tape ialah kulat.
VCD juga mempunyai dua jalur audio seperti video tape. Bagi pengguna yang kritikal terhadap sistem bunyi "surround" VCD tidak memberi kepuasan malahan video yang dihasilkan oleh VCD juga tidak memuaskan kerana mempunyai resolusi rendah walaupun ia berasaskan teknologi digital.

Kelemahan VCD di pertingkatkan oleh kehadiran DVD yang memunyai resolusi yang lebih tinggi dan mempunyai jalur audio 6 channel. DVD boleh menghasilkan surround 5.1 samada melalui sistem bunyi DTS atau Dolby Digital disamping mempunyai resolusi video yang tinggi bagi membolehkan video imej amat jelas dan bekualiti. Walaupun Blue Ray hadir cuba menggantikan DVD dipasaran, namun DVD masih teguh dan masih diterima pengguna.
Kini BD telah muncul dengan resolusi video yang amat tinggi bagi menghasilkan movie yang jelas dan tepat serta sistem bunyi yang lebih canggih. Namun begitu buat masa ini BD masih ditahap bertatih, masih belum diterim sepenuhnya oleh pengguna seluruh dunia. Dikhuatiri BD akan menerima nasib yang sama seperti HD-DVD yang pupus begitu sahaja sebelum sempat setabil dipasaran. Kalau DVD berjaya menyaingi VCD dipasaran kerana tekanan terhadap harga pemain DVD oleh pemain DVD buatan China namun pemain Blue Ray tidak mengikut jejak DVD. Bukan keterlaluan jika dikatakan amat sukar mencari pemain BD dipasaran bahkan kalau ada pun harganya amat mahal iaitu melebihi RM1000 se unit. Pengguna mungkin beralih kepada simpanan movie dalam bentuk "soft" dengan adanya media player yang boleh menyimpan beratus movie dalam kualiti High Definition. Jika keadaan ini berlaku tidak mustahi BD juga akan lenyap.

No comments:

Post a Comment