Penaja

Wednesday, November 25, 2009

Radio-media yang tak pupus dek zaman

Sejak saya celik mata di alam maya ini radio sudah ada. Hari-hari mendengar radio Malaysia atau radio Singapura terutama drama lakonan Jahlelawati, S Sahlan, Osman Jailani dan paling suka drama purba yang diselangi pantun berpuisi (dah lupa apa namanya). Bagi anak-anak dara masa tu tentulah agogo atau siaran hidustan. Masa berlalu stesen radio Singapura sudah tidak popular lagi dan kini RTM sendiri sudah kurang diterima pendengar. Sebabnya RTM terlampau politik mengampu parti pemerentah sedangkan dalam Malaysia ini negara demokrasi yang mempunyai berbagai parti dan ramai pengikut. Kini rakyat Malaysia memilih stesen yang versatile, menghibur dan bermaklumat. Lahirnya ERA, SINAR.FM, SURIA.FM, MIX.FM dan tentu sekali stesen Hot.FM memenuhi kekosongan ini. Dulu saya suka stesen ERA.FM bila setiap kali terperangkap dalam jem ERA lah stesen no 1 saya. Kemudian berpindah ke SINAR.FM bergilir dengan HOT.FM. Hot.FM mempunyaqi kelebihan DJnya iaitu Faizal dan Farah Fauzana. SINAR pula program santai paginya. Jadi jika Hot.FM dijulang sebagai stesen no 1 menewaskan ERA pun memang tepat. Ramai orang suka cara Faizal dan Farah berceloteh. Menurut laporan media Stesen radio Hot FM terus meningkat jumlah pendengar dan dinobatkan sebagai Radio No. 1 negara mengatasi stesen-stesen radio lain di seluruh negara. Ia berdasarkan kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Nielsen Radio Audience Measurement, Survey 2, 2009 (mulai 3/08/09 hingga 16/08/09). Hot FM berjaya memecahkan dominasi stesen radio apabila mencecah pendengar kepada hampir 4 juta. Banyak slot mereka juga gagal digugat oleh stesen pencabar.
Gabungan slot Hot FM AM Krew terutama DJ Fara Fauzana dan Faizal Ismail pemangkin kepada melonjaknya kedudukan Hot FM ke tangga teratas. Hot FM juga kekal sebagai pilihan utama peminat radio yang tinggal di bandar besar dan peratusan tinggi bagi yang tinggal di luar bandar.

Tahniah Hot.FM, tahniah Faizal dan Farah we love you both.

No comments:

Post a Comment