Penaja
Wednesday, November 25, 2009
Virus juga menyerang handphone
Menurut laporan Agensi dari London satu lagi virus telah menyerang pengguna-pengguna iPhones bagi kali kedua sehingga menyebabkan kata laluan gajet itu berubah. Semasa virus itu menyerang, pengguna-pengguna tidak dapat menghapuskannya. Ia tidak hanya menceroboh iPhone milik seseorang tanpa kebenaran bahkan menyerahkan kawalan gajet itu kepada satu server di Lithuania. Virus itu dipercayai menggubah kata laluan pengguna kepada ohshit dan gajet tersebut boleh diaktifkan semula dengan menggunakan kata laluan tersebut. Dua minggu lalu, pengguna-pengguna iPhone diserang dengan virus yang dipanggil ikee. Virus itu menyebabkan gambar penyanyi pop tahun 1980-an, Rick Astley keluar pada gajet tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment