Penaja

Thursday, November 19, 2009

KAFA pulak mangsa

Khabarnya KELAB Penyokong Bola Sepak Kelantan bersetuju dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk tidak mahu mengemukakan rayuan terhadap denda RM50,000 yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November lalu. Setiausahanya, saudara Harun Ali berkata, keputusan yang dibuat Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa adalah wajar bagi mengelakkan dilabel sebagai pasukan yang sentiasa meraih simpati. Sebaliknya menurut beliau, tindakan FAM itu seakan-akan mahu membunuh masa depan bolasepak Kelantan.
Jelasnya, FAM perlu sedar, sebahagian sumber pendapatan musim ini datang daripada peminat bola sepak Kelantan kerana mereka sentiasa membanjiri stadium menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan mereka. "Kelab penyokong sentiasa berdiri di belakang Presiden KAFA dalam menghadapi apa jua situasi termasuk mencari dana melalui tabung derma 'RM1, Satu KAFA' bagi melunaskan denda yang dikenakan FAM," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut laporan beberapa akhbar Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa memutuskan untuk tidak merayu terhadap denda dikenakan FAM berhubung insiden pada perlawanan 7 November lalu walaupun jumlah tersebut sangat tinggi.
Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Siber Kelantan (Kelate.Net), Nik Mohd. Sallehuddin juga bersetuju dengan keputusan Presiden KAFA malah beliau bersama ahli kelab sentiasa menyokong keputusan yang dibuat. Menurut Sallehuddin beliau percaya keputusan untuk tidak mengemukakan rayuan kali ini berkait rapat dalam usaha Annuar untuk mengembalikan maruah bola sepak Kelantan terutama maruah para penyokong Kelantan. Saya pun ingin berkongsi rasa yang sama dengan KAFA, KPBK dan KPBSK kerana apa yang berlaku di Bukit Jalil secara jelas dan nyata bukan di bawah tanggungjawab KAFA kerana perlawanan tersebut dianjurkan oleh FAM. Tentunya FAM yang menerima keuntungan yang banyak daripada perlawanan tersebut. FAM perlu melihat diri sendiri dan mengakui apa yang berlaku di sana tempoh hari adalah disebabkan kelemahan kawalan keselamatan oleh FAM dan apasal pulak KAFA yang terpaksa menanggung akibatnya. Sikap seorang dua penonton yang ganas, kurang beradab, terlalu emosi dapat dikawal jika FAM bersikap lebih profesional. Semua orang nampak tindakan penonton (pada saya buka penyokong) yang liar seolah-olah tiada siapa yang mengawal dan mereka ini dibiarkan melakukan tersebut sesuka hati sahaja. Sepatutnya FAM mengetatkan dan mengawal penonton dan mengambil tindakan segera bila kejadian tidak diingini berlaku. Tak bolehkah FAM meminta bantuan pihak stadium, pasukan keselamatan supaya mengawal penonoton kerana memang sudah dijangka dalam suasana emosi seperti itu akan berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Ataupun FAM memang tiada sensitiviti...dan membiarkan ianya berlaku supaya ada peluang dapat axtra income dari denda yang bakal dikenakan... Kesian Kelantan baru je imej bolasepak nak naik dah kena pancung. Kepada penonton dan penyokong RED WARRIOR sampai bila kita kena cop Kelantan samseng ni, cubalah berobah, jadi lebih rational...baran-baran ni orang tak main dan di zaman IT ni..

No comments:

Post a Comment