Penaja

Monday, November 2, 2009

Datuk Nadzmi mengalami strok ringan di India

Personaliti Lagenda Kelantan Datuk Nadzmi Mohd Salleh diberitakan mengalami strok ringan dan dimasukkan ke hospital Appolo, Chennai, India semalam. Beliau yang merupakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Pengerusi Eksekutif Nadicorp Holdings Sdn Bhd dan Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton), mengadu sakit dada ketika mendaftar masuk ke hotel penginapannya, Hotel Coromandel, telah dikejarkan ke hospital. Datuk Nadzmi mulanya ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan keadaannya dilaporkan stabil. Ketua Pegawai Eksekutif My Event International Shahul Hameed Dawood, yang membawa Nadzmi ke hospital berkata, Datuk Nadzmi mengalami serangan angin ahmar ringan di sebelah kanan badan. Shahul Hameed berkata beliau dimaklumkan doktor bahawa Nadzmi mungkin perlu ditahan di hospital selama dua atau tiga hari untuk rawatan.

No comments:

Post a Comment