Penaja
Friday, November 6, 2009
Manohara, menolak kehidupan sebagai bangsawan
Manohara menolak hidup sebagai bangsawan di Kelantan, dihormati dan disayangi, namun beliau lebih suka bermain bangsawan di negaranya Indonesia. Kini beliau bermain bangsawan, berlakon, satu kehidupan berpura-pura untuk menghiburkan manusia. Tengku Temenggung Kelantan mengambil beliau dari seorang model, mengangkat ke darjat bangsawan, namun kerana darah bermain bangsawan sangat kuat beliau meninggalkan kehidupan bangsawan terjun semula ke dalam kehidupan bermain bangsawan. Malang bagi Manohara bila dia berkeras menentang Tengku Temenggong hingga peringkat di saman. Namun Manohara gagal dalam mengemukakan pembelaan terhadap saman suaminya akibatnya bekas model ini diarahkan membayar tuntutan kepada Tengku Temenggong Kelantan berjumlah RM105 juta. Penghakiman ingkar itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Manohara, Cik Puan Temenggong Kelantan, gagal melantik peguamnya dalam tuntutan saman suaminya. Penolong kanan pendaftar mahkamah itu Shazali Hidayat Shariff menyatakan perintah ingkar itu di kamarnya hari ini. Penghakiman ingkar merupakan satu keputusan yang berpihak kepada plaintif apabila defendan gagal mengambil tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah. Peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Temenggong, berkata jumlah wang bukan persoalan utama tetapi anak guamnya dapat membersihkan nama terhadap tohmahan isteri dan mertuanya Daisy Fajarina. Tengku Temenggong menfailkan saman terhadap kedua-dua warga Indonesia, mendakwa defendan secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu. Tengku Temenggong mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.Perkataan itu dirancang untuk memperkecil-kecilkan dan mengaibkannya di kalangan ahli kerabat diraja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat jelata, dakwanya lagi. Tengku Temenggong Kelantan juga mengemukakan dua saman lain di Mahkamah Syariah Kota Bharu - yang didengar Ahad ini - satu agar Manohara diperintah pulang kepadanya dan satu lagi, menuntut kembali wang RM1 juta yang didakwanya dipinjam oleh Manohara. Sehingga sekarang, Manohara dan Daisy tidak menjawab tuntutan Tengku Muhammad Fakhry itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment