Penaja

Wednesday, November 25, 2009

EXCO Kelantan saman kepada akhbar NST

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa telah memfailkan saman kepada NST Malaysia dan juga Berita Harian Singapura kerana memfitnah beliau. Dalam muka hadapan akhbar berkenaan baru baru ini, Husam dilaporkan akan meletak jawatannya sebagai exco kerajaan negeri.“Saya hari ni melalui peguam Asri & Associate telah menghantar ‘Letter Of Demand’ kepada NST untuk dia minta maaf ‘front page’ dalam masa tujuh hari, termasuk berita harian di Singapura," katanya. Datuk Husam memberitahu, beliau menerima panggilan dari pelabur dari Singapura, Indonesia dan Mekah kerana telah membaca NST dan Mingguan Malaysia.“Dalam Letter Of Demand ni, empat lima ayat yang digunakan tu ternyata fitnah,” tegasnya.Sambungnya lagi, pada pagi hari Selasa beliau tidak berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana berada di parlimen.“Pada hari Rabu pula ada mesyuarat exco dan Tok Guru keluar lebih awal,” katanya lagi. Beliau menambah, pada hari Khamis, beliau merasa kurang selesa pada bahagian kaki dan telah mendapatkan rawatan di hospital.“Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat selama lima hari.“Saya hanya boleh masuk hospital pada hari Isnin kerana hari Sabtu saya seminar di Kuala Lumpur dan malam Ahad saya ada mesyuarat PAS Pusat yang saya hadir ke dua-dua program tersebut,” ujarnya lagi. Pada hari Isnin, beliau telah bercadang untuk masuk ke hospital untuk berehat.“Tiba-tiba pada hari Ahad telah keluar cerita dalam Mingguan Malaysia, kononya saya telah diarahkan bercuti kerana dalam proses hendak dipecat dan mengugut untuk letak jawatan. Saya rasa amat dukacitalah,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment